Pada 27 May rumah aku dikunjungi tetamu dari jauh Azim dan dari dekat Amir. Kedatangan Azim kali ini adalah kerana beliau bercuti sempena budak-budak Universiti bercuti jadi kedai komputer beliau terpaksa ditutup operasi buat sementara. Jam menunjukkan 4.45petang fikiran ku puas berfikir kali ini nak bawa Azim bersiar ke mana di KL. Fikiran aku terhenti kerana kesibukan kerjaya di waktu akhir pejabat. Tepat jam 6 petang aku bertolak ke rumahku kemudian sesampai di rumah aku cuba mengintai ke bawah memandangkan rumahku berjenis FLAT dan pada "level 11" mata ku terfokus kereta Saga BLM hitam. Fikiranku terus berfikir "ini mesti Amir" kemudian telefon bimbit ku berdering, aku lihat di skrin nama Amir tertera, lantas aku mengangkat dan menjawab " Amir aku nampak kau, kau naik tingkat 11" ok " jawab Amir .
Kali ini Amir datang ke rumahku dengan membawa laptop baru beliau, dengan nada keletihan Amir "melandingkan badan beliau ke sofa biru rumahku. "Sein apa plan" tanya Amir kepadaku, lantas aku menjawab "tak tau la Mer tengok dulu camane". Selang beberapa minit kemudian aku dapat panggilan daripada Azim mengatakan beliau sudah pun tiba di stesen LRT Putra, W.Maju. Aku dan Amir pergi menjemput Azim, sesampai di stesen aku tercari-cari Azim, selepas beberapa saat baru aku dapat jumpa Azim, beliau duduk di hujung hentian. Aku berjalan menghampiri Azim, aku lihat Azim menggunakan gadget2 yang cool seperti Ipod, Laptop, Hp cine hehehe. Aku lihat beg beliau wah!!Giordano dan Fred Perry boleh tahan juga selera Azim. Aku pun menyapa Azim dan mengajak ke kereta Amir kemudian kami pulang ke rumah aku dulu untuk bersiap-siap keluar pada malamnya.
Dalam 8 lebih kami berangkat keluar mencari kedai-kedai makan yang bersepah di Kota Dosa ini. Akhirnya pilihanku ialah membawa Azim dan Amir ke kedai Western tempat aku dan tunangku selalu makan. Bagi aku Western dia terbaik, berdekatan Jusco AU2, bersebelahan dengan Barakah. Kami bertiga pesan menu yang sama Chicken Chop black pepper dan air buah. Pada mulanya Azim ingin pesan menu berasakan Nasi tapi akhirnya membatalkan niat beliau. Makanan dan minuman sudah pun habis, sembang-sembang topik terbaru dan perkembangan masing-masing pun sudah jadi kami mengikut plan yang pada awalnya tidak serius akhirnya kami bertiga bersetuju untuk pergi ke Genting Highland Kota Judi.
Kami berangkat dari Ulu Kelang jam 9.38malam, perjalanan agak sejuk kerana Aircond kereta Amir yang sepoi-sepoi bahasa dan cuaca di luar yang baru lepas hujan. Pendakian pada mulanya agak biasa tapi di pertengahan agak mencabar dengan selekoh yang tajam dan tinggi. Sekali-sekala kami berborak dan bercerita topik-topik yang bercampur baur, disamping itu Azim sesekali mengambil foto pemandangan di Genting dari dalam kereta. Aku pula semakin mabuk dengan jalan yang berpusing-pusing, Amir memberi ku asam masin sebagai penawar kepeninganku. Akhirnya pendakian kami tamat inilah Genting dimana Tycoon Goh Tong yang membina empayarnya.Oh ya ini juga adalah pertama kali Azim dan Amir menjejakkan kaki di Genting. Subjek seterusnya mencari tempat parking, keadaan tidak sesak kerana bukan hujung minggu, cari punya cari akhirnya kami temui tempat parking.Fuhh!!lega jumpa juga.
Aku dengan berseluar pendek dan berbaju tshirt terasa kesejukkan udara di Genting, Amir dan Azim pula berbaju kolar berseluar jeans. Aku dan Azim memakai selipar manakala Amir memakai kasut. Disaat ingin menghayati kehidupan Genting di waktu malam Azim dengan tekad ingin melakukan pembedahan kecil di kaki beliau yang melecet. Akhirnya dengan bantuan First Aid Kit dari kereta Amir, pembedahan berjaya dan kaki Azim pulih seperti biasa hehehe. Kami pun memulakan perjalanan ke Indoor, tapi sebelum itu kami mencari tandas untuk membuang air yg semakin kecil dari pundi kecil masing-masing.
Setelah selesai kami pun berjalan menuju ke indoor, kali ini aku menjadi guider kerana aku mempunyai pengalaman datang ke sini. Kami pun sampai ke Indoor berjalan-jalan mengambil foto, sesekali aku melihat pengunjung yang lengkap berbaju tebal ala - ala musim salju tapi aku hanya mengenakan seluar pendek dan tshirt, memang sejuk tapi ku tahan juga. Kemudian Amir mencadangkan kami mengambil pakej permainan Indoor tapi memandangkan masa yang agak suntuk kami membatalkan rancangan kami. Kami hanya berjalan dan melihat couple yang balik dari kerja dan mungkin bekerja balik di dalam bilik. Kehidupan disini bosan dalam jangka masa panjang. Semasa merayau kami terlihat Coffee Bean, aku teringat sahabatku Izaac yang pernah bekerja di sini, kami bercerita sedikit tentang pengalaman Izaac yang pernah beliau ceritakan kepada kami tentang keadaan di sini.
Jalan punya jalan tiba-tiba kami ternampak Snow World, Amir mencadangkan kami masuk, Aku dan Azim bersetuju dengan cadangan Amir, tiket pun dibeli RM17 setiap orang, tapi kami hanya boleh masuk pada jam 11.20 malam, sekarang jam 11.00 malam, kami dengan rasa teruja menunggu saat untuk masuk.Akhirnya tepat jam 11.20 kami dibenarkan masuk, penerangan sebelum masuk dari pekerja di situ melarang kami menggunakan kamera di dalam. Pandai mereka nak buat duit dengan mengenakan cas RM16 sekeping gambar. Tiba di bahagian locker kami mengenakan sweater, boot, glove yang disediakan untuk pengunjung. Setelah selesai mengenakan pakaian, kami pun memasuki ruang salji. Perasaan yang belum pernah dirasai sebelum ini terpancar di hati kami, perasaan merasakan keadaan semasa berada di tempat sejuk sungguh menyeronokkan, kegembiraan terpancar dari riak fizikal kami, kami mula membaling salji dan berlari dan menjerit seolah- olah bersetubuh dengan salji ini. Begitulah rasa kegembiraan ini. Aku dengan memakai seluar pendek tidak menghiraukan kesejukan didalam bilik tersebut. Dalam terang-terangan kami mengambil gambar dengan tanpa segan silu dan rasa bersalah untuk memori kami. Pihak management tidak pula mengambil tindakan, dalam fikiran kami mungkin kerana kami adalah trip akhir untuk hari tersebut jadi mungkin kami diberi kelonggaran sedikit. Antara aktiviti kami di dalam ialah main gelongsor, dan main gelongsor juga serta makan ice cream. Setelah klimaks kami pun keluar dengan rasa kepuasan.
Oh ya, Azim adalah pengunjung akhir yang keluar dari Snow World pada malam itu.
Mata dah berat, kami mulakan perjalanan pulang dengan berhati-hati menurun bukit, Amir menggunakan skill dan pengalaman beliau semasa turun dari Cameron Highlands, hirupan udara segar dimatikan dengan bauan hangit dari brek kereta-kereta yang sedang turun dari bukit. Akhirnya kami sampai ke bawah dan sebelum pulang ke rumah kami singgah ke Ali Maju berdekatan kediaman aku untuk seisi mengisi perut yang semakin nipis ozon nya. Setelah selesai mencekik kami pulang ke rumah dan berFBing sekejap. Aku menggunakan ipod Azim yang cool untuk berada di talian FB. Kemudian kami pun melelapkan mata masing-masing tanda dah penat.
Keesokan harinya Amir di awal pagi telah gerak pulang kerana beliau bekerja. Sementara Azim masih lagi tidur bagaikan bayi dan acap kali terdengar bunyian semulajadi yang keluar dari badan Azim melalui rongga-rongga mulut. Hampir tengah hari aku dan Azim pergi ke Ali Maju untuk makan tengahari, aku sungguh gembira kerana Azim belanja aku makan Briyani + Ayam isi besar. Puas aku menjamah ayam tersebut tapi tak mampu nak mengahabiskan juga, apa pun terima kasih banyak-banyak Azim. Jam 11.30 pagi aku hantar Azim ke LRT W.Maju kerana train beliau pada pukul 1petang di KLSentral.
Demikianlah pengalaman percutian singkat yang antara menyeronokan bagi aku bersama Azim dan Amir ke Genting.

0 comments:
Post a Comment