TERKESIMA

Thursday, April 29, 2010
Hari ini aku pulang dari kerja tepat pukul 6.30pm, perjalanan seperti biasa agak jam di laluan popular iaitu MRR2, inilah jalan aku guna untuk cari rezeki. Cuaca hujan agak lebat, trafik mengahala ke Cheras tidak bergerak akibat pokok tumbang menutup seluruh laluan, walaupun jalan mempunyai 3 lane.

Aku teruskan juga perjalanan pulang ke rumah. Perut pun agak lapar so aku singgah ke pasar malam berdekatan kediaman aku. tapau beger 2 biji. Hehe beger die lagi sedap dari beger McD yang nama je GAH tapi beger xde GAH mane pun. Selasa perjalanan balik ke rumah dari pasar malam aku terkesima dan terkedu melihat kebesaran Allah di langit, "Pelangi " ye pelangi yang jarang aku nampak sangat di KL neh. Aku menghayati melihat pelangi dan aku cepat-cepat snap untuk kenangan aku.

0 comments: