TERKESIMA

Thursday, April 29, 2010
Hari ini aku pulang dari kerja tepat pukul 6.30pm, perjalanan seperti biasa agak jam di laluan popular iaitu MRR2, inilah jalan aku guna untuk cari rezeki. Cuaca hujan agak lebat, trafik mengahala ke Cheras tidak bergerak akibat pokok tumbang menutup seluruh laluan, walaupun jalan mempunyai 3 lane.

Aku teruskan juga perjalanan pulang ke rumah. Perut pun agak lapar so aku singgah ke pasar malam berdekatan kediaman aku. tapau beger 2 biji. Hehe beger die lagi sedap dari beger McD yang nama je GAH tapi beger xde GAH mane pun. Selasa perjalanan balik ke rumah dari pasar malam aku terkesima dan terkedu melihat kebesaran Allah di langit, "Pelangi " ye pelangi yang jarang aku nampak sangat di KL neh. Aku menghayati melihat pelangi dan aku cepat-cepat snap untuk kenangan aku.

Perjalanan bersama Amir

Monday, April 26, 2010
Pada sabtu lepas tepat jam 1.37pm aku dan amer bergerak ke ipoh menggunakan jentera proton amer iaitu Saga. Sepanjang perjalanan aku berborak dengan amer pelbagai topik yang menarik dan peribadi, tujuan utama aku ke ipoh adalah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawan baik ku Azmer dan bini beliau Aaina di Tapah. aku dan amir sampai Tapah lebih kurang pukul 3pm, agk cepat juga sampai memandangkan amer tanpa disedari membawa 140km/j, akhirnye kami sampai ke dewan tempat perkahwinan, tp tu pun da lewat nasib ade lagi laok tinggal, aku dan amer pun memakan dengan lahapnye, setelah selesai aku dan amer gerak pulang ke ipoh.


Dalam perjalanan sembang punya sembang las2 dah sampai ke Ipoh. Agak lama aku tidak pulang ke Ipoh, kawan2 da memerli aku sebab dah lame tak balik, dan eju caspian siap nak beli Maps lagi kepadaku sebab takut2 aku dah lupa jln pulang.sungguh sinis ayat eju kepada ku. Sampai ke teratak bonda ku, aku bukak kasut dan terus peluk ciyom mak ku.rindu gle kat mak hehe. then subjek lps tu aku g dapur balun nasi n laok yg mak masak. aku agk kekok sedikit nk mkn guna tgn sb da lama x guna tgn asek guna sudu n garfu je sb kat key ell aku mkn bergoreng2 n mkn kat luar so terpaksa guna sudu n garfu haha.kebetulan akak, abg ipar n ank sedare aku pun ade kat umah so riuh sket suasana kat umh.

Esoknye jam 8pagi aku da bangun, aku sarapan nasi goreng terbaek mak aku buat dengan asyik sekali, mmg sedap x sama dengan yg kat key ell tu. aku tgk jam dah 8.30pagi so aku tipon amer untuk gerak beliau takut die hanyut lagi lame dalam tido hehe. Jam 9.35pagi aku gerak ke KL dengan Amer,perjalanan agak stabil dan menyenangkan, sekali sekala kereta berkuasa tinggi mengiyakan yang mereka memang berkuasa dari segi kelajuan lantas memberi isyarat lampu tinggi ke arah pacuan amer. perjalanan kami berhenti seketika di Ulu Bernam, aku dan amer memilih air minuman bertin daripada OLDTOWN dan corn cup serta choc waffle.






Selesai berehat kami berangkat dengan lebih yakin serta lebih fokus.jam 1ptg kami sampai ke rumah amer, tanpa membuang mase aku pun berangkat pulang ke rumah dengan segera kerana pada petangye aku dah plan untuk berjumpa dengan kekasih hati then g amek kain kat Jila.

To amer tq kerana membawa aku pulang dan balik dengan selamat serta sudi meluangkan mase untuk balik bersama.

Cadangan

Sunday, April 11, 2010


Baju A

Baju B

Mane satu korang rase ok, aku kali neh betul2 nak print series cakap punye

Hangout with yati..

Saturday, April 10, 2010
petang tadi aku keluar dengan kekasihku hehe, macam biasa pergi ke rumah yati then lepak2 sat sembang dengan mak and abah yati. sambil lepak tu aku suka main dengan kucing yati Mel namanya. mula2 aku memang takut dengan kucing tapi sekarang sori la. tu pun sebab aku da biasa layan si mel neh so aku tak takot da hehe.

Eh hari ni Kedah vs Negeri Sembilan, sape agaknye menang. tapi aku sokong Kedah sebab walaupun aku orang Perak tapi disebabkan kedudukan geografi Kedah bersamaan dengan Perak iaitu di Utara so aku sokong Kedah.

Hari ini aku ponteng kerja

Tepat jam 6.15 a.m Hp jenis K800i aku berbunyi dengan nyaring. seperti biasa aku bangun tapi dan macam biasa aku 'snooze' kan dan ianya berbunyi beberapa kali tapi aku tak bangun juga. last2 aku bangun pukul 8.20a.m. masuk kerja pukul 9, mmg tak dan tapi aku bangun gak mandi2 dan jam da menunjukkan pukul 8.45a.m, memang x dan dah, tapi aku teruskan perjalanan ke tempat kerja tapi malang cuaca yang memang baru lepas hujan, hujan kembali. so aku redha je x dapat pergi kerja. aku balik rumah sebelum balik aku singgah kat Ali Maju balun roti telur + teh tarik. perut dah kenyang aku balik rumah. sekarang kepala aku pening kena hujan tadi.

Sori bos i ponteng kerja hari ini.